Pages

Saturday, June 26, 2010

Bid'ah Hasanah


Hujah utama ulama yang mengatakan bahawa adanya bid'ah hasanah ialah dengan usaha mereka mengumpulkan hadis-hadis yang bersangkutan.

Kumpulkan hadis-hadis tentang bid'ah:

1)
عن أَبي نَجيحٍ العِرباضِ بنِ سَارية رضي الله عنه ، قَالَ رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ ؛ فإنَّ كلَّ بدعة ضلالة . رواه أَبُو داود والترمذي ، حديث حسن صحيح.

Maksudnya: Abu Najih al-Irbadh bin Sariyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Dan hendaklah kamu berhati-hati dari segala perkara-perkara baru. Sesungguhnya, setiap bid’ah itu sesat. Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi. Hadis Hasan Sahih.

2) ، وكلُّ بدْعة ضلالة وكل ضلالة في النار
Maksudnya: Semua bid’ah adalah sesat, dan semua yang sesat akan ke neraka... (Riwayat Muslim + Riwayat an-Nasa'i)


Dua hadis ini kelihatan menolak bid'ah (perkara-perkara baru) secara mutlak tanpa membataskan sama ada baik atau buruk. Mari kita renungi pula hadis seterusnya.
______________________________________

3) قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من احدث في امرنا ما ليس منه فهو رد - رواه البخاري في الصحيح
Maksudnya: Barangsiapa yang melakukan suatu pekerjaan dalam hal agama akan tetapi ternyata tiada dasarnya dalam agama, maka ianya tertolak (batal /rosak/ tidak diterima).
Riwayat Bukhari.

4) وفي رواية لمسلم [ من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد ]
Maksudnya: Siapa yang melakukan suatu amalan yang tiada (kaitan) dalam urusan ini (agama) maka ianya tertolak. Riwayat Muslim.

Dua hadis (3 & 4) ini pula seakanmengkhususkan hadis pertama dan hadis kedua. Iaitu bid'ah dalam urusan agama.
_________________________________________

Kalau sudah masuk urusan agama ini bermaksud, pengertian tentang semua bid'ah sesat ini akan dikhususkan lagi, iaitu dengan hadis:

5)
عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : مَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَىْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَىْءٌ .

Maksudnya: Daripada Jarir bin Abdullah, katanya: Rasulullah s.a.w. pun bersabda: Barangsiapa dalam (AGAMA) Islam yang melakukan suatu sunnah (perjalanan/pekerjaan) yang baik, maka ia akan mendapat pahala dirinya dan pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa berkurang sedikit pun. Dan barangsiapa dalam Islam yang melakukan suatu sunnah yang jelek (jahat), maka ia akan mendapat dosa dirinya dan dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa berkurang sedikit pun. Hadis Sahih, Riwayat Muslim.

- Bid'ah Hasanah dikenali juga sebagai Sunnah Hasanah.

Maka, jelas...daripada semua hadis yang kita bentangkan di sini bahawa bid'ah yang sesat sahaja yang akan melemparkan pelakunya ke dalam api neraka. Adapun bid'ah yang baik semata-mata mahu mendapatkan keredhaan Allah s.w.t., maka akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah s.w.t. Insya Allah.

Adapun lafaz Nabi s.a.w.: "Semua bid'ah sesat."
Bermaksud, kebanyakan bid'ah itu memang sesat, jika tiada dasarnya dalam agama. Namun, ada juga yang baik (diperakui oleh syarak).

Kesimpulannya: Hadis 1 & 2 itu umum, lalu dikhususkan oleh Hadis 3 & 4....Hadis ke 3 & 4 masih umum juga, lalu dikhususkan oleh Hadis yg ke-5...Jadi, bid'ah terbahagi kepada dua:
(1) Bid'ah Hasanah/ baik dan (2) Bid'ah Sayyiah / Buruk.

2 Jenis bid'ah:
1. Hasanah.
2. Sayyiah.

Kedua jenis bid'ah ini sebenarnya tidak salah untuk diperincikan lagi dengan membahagikan ia kepada 5:
1. Wajib. (hasanah)
2. Sunat. (hasanah)
3. Harus.
4. Makruh. (sayyiah)
5. Haram. (sayyiah)

Wallahu a'lam bis shawab...Sungguhpun begitu, ana tetap toleran dengan mereka yang kata bahawa bid'ah hasanah itu tiada. DAN HADIS PERTAMA DGN KEDUA SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DITAKHSHIS (dikhususkan)... ini menurut beberapa kawan ana. ________________________________________

Rujukan:
1. Itqan ash-Shan'ah fi Tahqiq Makna al-Bid'ah.
2. Liku-liku Bid'ah dan Masalah Khilafiyyah.

Qunut Subuh

- Tiada Qunut Subuh dalam mazhab Hanafi & Hanbali.

- Dalam mazhab Maliki & Syafie, Qunut Subuh ada.

- Menurut mazhab Maliki, hukum Qunut Subuh ialah Sunat Ghair Muakkadah (sunat yang tidak dituntut secara berterusan).

- Dalam mazhab Syafie, hukum Qunut Subuh ialah Sunat Muakkadah (Sunat yang dituntut untuk dikerjakan secara berterusan).

Hujah dalam mazhab Syafie ada 3:

1. Imam asy-Syafie berhujah dengan hasil penelitian beliau terhadap sejarah Qunut Subuh iaitu
a) Bermula pada Perang Uhud,
b) Lalu pada peristiwa pembantaian Qurra' di Bir Ma'unah, baginda s.a.w. berqunut selama sebulan dalam semua solat fardu.
c) Setelah sebulan berlalu Baginda s.a.w. tinggalkan semua qunut melainkan pada solat Subuh.
d) Qunut Subuh ketika mendapat tentangan dari Bani Mudhar.
e) Sehinggalah tahun-tahun akhir kehidupan Baginda s.a.w. berdasarkan keterangan Abu Hurairah sekitar 7 Hijriah bahawa Baginda s.a.w. tidak lagi mendoakan kaum muslimin yang ditindas di Mekah kerana kaum Muslimin sudah dalam keadaan aman di Madinah.

Imam asy-Syafie berkata: Adapun Qunut Subuh, maka ia Sahih dilakukan oleh Nabi s.a.w. pada peristiwa Bir Ma'unah dan selepas peristiwa tersebut. Tiada seorangpun yang meriwayatkan bahawa Baginda s.a.w. tinggalkan Qunut Subuh.
___________________________________________

2. Sebahagian Ulama mazhab Syafie menggunakan hujah dengan hadis Anas bin Malik r.a. yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lainnya:
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ حَدَّثَنِى أَبِى حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو جَعْفَرٍ - يَعْنِى الرَّازِىَّ - عَنِ الرَّبِيعِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ مَا زَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقْنُتُ فِى الْفَجْرِ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا.

Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Sentiasalah Rasulullah s.a.w. membaca doa qunut di dalam solat Subuh sehingga beliau wafat.

Di dalam hadis ini terdapat Abu Ja'far al-Razi, perawi yang dipertikaikan. Ada yang menta'dilkan (menyatakan beliau seorang yang adil) dan ada pula yang mentajrihkan (mencacatkan beliau).

Sebahagian Muhadditsin (ulama hadis) mendaifkan hadis berkenaan. Antaranya Syeikh Nashiruddin al-Albani yang menstatuskan hadis tersebut sebagai Munkar (Daif).

Akan tetapi ramai dari para hafizh telah menilai hadis berkenaan sebagai Sahih. Ini disebutkan dalam kitab Kifayatul Akhyar fi Halli Ghoyatil Ikhtisar:
وأما القنوت فيستحب في اعتدال الثانية في الصبح لما رواه أنس رضي الله عنه قال : (( ما زال رسول الله صلى الله عليه و سلم يقنت في الصبح حتى فارق الدنيا )) رواه الإمام أحمد وغيره قال ابن الصلاح : قد حكم بصحته غير واحد من الحفاظ : منهم الحاكم والبيهقي والبلخي

Maksudnya:
Adapun Qunut, disunatkan melakukannya pada iktidal rakaat yang kedua dari solat Subuh. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya. Berkata Ibnus Solah: Sudah ditetapkan kesahihannya ramai dari para hafizh, di antaranya Al-Hakim, Al-Baihaqi dan Al-Balkhi.
___________________________________________

3. Sebahagian ulama mazhab Syafie menggunakan hujah dengan berdalilkan hadis yang menceritakan perbuatan para khalifah yang empat mengamalkan Qunut Subuh. Ini ada dinyatakan juga dalam kitab Kifayatul Akhyar fi Halli Ghoyatil Ikhtisor:
قال البيهقي : العمل بمقتضاه عن الخلفاء الأربعة.

Maksudnya,
Berkata pula Imam al-Baihaqi: Perbuatan qunut seperti yang ada sekarang diambil daripada para khalifah yang empat.

Berdasarkan hadis-hadis berikut:

فَأَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْحَافِظُ ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حَمْشَاذٍ الْعَدْلُ ، حَدَّثَنَا الْعَبَّاسُ بْنُ الْفَضْلِ الأُسْفَاطِيُّ ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بِشْرٍ الْعَبْدِيُّ ، حَدَّثَنَا الْعَلاءُ بْنُ صَالِحٍ ، حَدَّثَنِي بُرَيْدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ ، حَدَّثَنَا أَبُو الْحَوْرَاءِ ، قَالَ : سَأَلْتُ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ : مَا عَقَلْتَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ؟ قَالَ : عَلَّمَنِي دَعَوَاتٍ أَقُولُهُنَّ : اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، إِنَّكَ تَقْضِي ، وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ أُرَاهُ قَالَ : إِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ قَالَ : فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِمُحَمَّدِ بْنِ الْحَنَفِيَّةِ ، فَقَالَ : إِنَّهُ الدُّعَاءُ الَّذِي كَانَ أَبِي يَدْعُو بِهِ فِي صَلاةِ الْفَجْرِ فِي قُنُوتِهِ

Maksudnya:
Al-Hasan bin Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. telah mengajarku membaca beberapa kalimah untuk aku ucapkan: Ya Tuhanku, tunjukilah aku bersama orang-orang yang Engkau tunjuki, dan sihatkanlah aku bersama orang-orang yang Engkau sihatkan, dan pimpinlah aku bersama orang-orang yang Engkau pimpin, dan berkatilah aku bersama orang-orang yang Engkau berikan kurnia, dan lindungilah aku dari bencana yang Engkau takdirkan, sesungguhnya Engkaulah yang mentakdirkan dan tiadalah Engkau yang ditakdirkan dan bahawasanya tiadalah akan terhina orang yang Engkau pimpin, Maha Mulia Engkau, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau. Muhammad bin al-Hanafiyah (Jariah Saidina Ali r.a.) berkata: Sesungguhnya doa ini merupakan doa yang selalu dibaca oleh ayah saya (Saidina Ali r.a.) pada solat Subuh dalam qunutnya. (Riwayat Baihaqi)

Juga hadis,
وَمِنْهَا مَا أَخْبَرَنَا أَبُو سَعْدٍ الْمَالِينِىُّ أَخْبَرَنَا أَبُو أَحْمَدَ بْنُ عَدِىٍّ الْحَافِظُ حَدَّثَنَا السَّاجِىُّ حَدَّثَنَا بُنْدَارٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا الْعَوَّامُ بْنُ حَمْزَةَ قَالَ : سَأَلْتُ أَبَا عُثْمَانَ عَنِ الْقُنُوتِ فِى الصُّبْحِ قَالَ : بَعْدَ الرُّكُوعِ. قُلْتُ : عَمَّنْ؟ قَالَ : عَنْ أَبِى بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمْ. هَذَا إِسْنَادٌ حَسَنٌ.

Maksudnya:
Awam bin Hamzah telah bertanya Abu Utsman tentang qunut pada solat Subuh. Beliau menjawab: Sesudah rukuk. Awam bertanya lagi: Fatwa siapakah itu? Beliau menjawab: Fatwa Abu Bakar, Umar dan Utsman radiyallahu anhum ajmaiin. (Riwayat al-Baihaqi)Isnadnya Hasan.

Jelas daripada hadis di atas bahawa Khulafa’ al-Rasyidin juga mengamalkan membaca Qunut Subuh. Ingatlah bahawa kita digalakkan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. juga sunnah para sahabatnya yang empat (Khulafa’ al-Rasyidin) berdasarkan hadis:
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي، وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ

Maksudnya:
Hendaklah kamu semua berpegang teguh akan sunnahku dan sunnah para khalifah selepasku yang diberi petunjuk dan gigitlah dengan geraham kuat-kuat. .(Riwayat Al-Hakim, al-Thabrani, Al-Baihaqi)
______________________________________________

Wallahu a'lam bis shawab...


Rujukan:
1. Artikel Ustaz Umar Muhammad Nur.
2. Kifayatul Akhyar fi Halli Ghoyatil Ikhtisar.
3. al-Adzkar.
4. Fiqh Manhaji Ala Mazhab asy-Syafie.
5. Bidayatul Mujtahid.
6. Himpunan Hadis Daif & Maudu'

Baca Surah Yasin

Masyarakat Malaysia biasa mengamalkan bacaan Surah Yasin. Terutama untuk dibacakan kepada orang yang telah pergi meninggalkan dunia. Hujah mereka yang mengamalkan bacaan Surah Yasin ialah berdasarkan Hadis Nabi s.a.w. yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah, iaitu:

عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : { اقْرَءُوا عَلَى مَوْتَاكُمْ يس }

Maksudnya:
Daripada Ma’qil bin Yasar, Sesungguhnya Nabi s,a,w, bersabda: Bacaankanlah ke atas orang telah mati di antara kamu Surah Yasin.

Menurut ad-Daruqutni, hadis ini tidak Sahih disebabkan sanadnya goncang serta majhul matannya. Ini telah diterangkan dalam kitab Subulus Salam:

عَنْ الدَّارَقُطْنِيِّ أَنَّهُ قَالَ هَذَا : حَدِيثٌ مُضْطَرِبُ الْإِسْنَادِ مَجْهُولُ الْمَتْنِ وَلَا يَصِحُّ .

Oleh itu, menurut sebahagian muhadditsin (ahli/ pakar hadis) menyatakan bahawa hadis ini Daif.

Akan tetapi Imam an-Nawawi menegaskan di dalam kitabnya al-Adzkar:

قلت : لم يضعفه أبو داود

Maksudnya:
Aku berkata (Imam an-Nawawi): Tetapi Abu Daud tidak mendaifkannya.

Imam Abu Daud berkata di dalam Risalahnya kepada penduduk Mekah:

وما كان في كتابي من حديث فيه وهن شديد فقد بينته ومنه مالا يصح سنده المسكوت عنه صالح ، ما لم أذكر فيه شيئا فهو صالح وبعضها أصح من بعض .

Maksudnya:
Dan apa yang ada di dalam kitabku dari hadis yang mana kualitinya sangat rendah akan aku jelaskan kondisinya (menyatakan ianya Daif). Di dalamnya terdapat hadis yang tidak sahih sanadnya. Hadis yang saya tidak komentari sama sekali maka ia bermaksud Solih (baik dan boleh digunakan sebagai hujah). Dan sebahagian hadis-hadisnya lebih Sahih daripada sebahagian yang lain.

Ini turut didokong oleh Imam al-Baihaqi dalam kitabnya Sunan al-Kubra dengan meletakkan hadis berkenaan di bawah bab:
باب مَا يُسْتَحَبُّ مِنْ قِرَاءَتِهِ عِنْدَهُ
Maksudnya: Bab apa yang disunatkan untuk dibaca padanya (orang yang telah mati).

Disokong lagi dengan perbuatan Ibnu Hibban yang memasukkan hadis berkenaan di dalam kitab Sahihnya (Sahih Ibnu Hibban).

Saya katakan: Ianya hal yang diperselisihkan di kalangan muhadditsin sahaja. Ini terjadi disebabkan cara penilaian muhadditsin itu sendiri yang berbeza-beza. Menurut Ibnu Hibban, apabila tidak diketahui tentang kebenaran seseorang itu maka dia terus dihukumkan adil selagi mana dia tidak melakukan sebarang perbuatan yang tidak baik di hadapan mata beliau. Kaedah yang digunakan ialah adil itu adalah bagi yang tidak ada baginya sebarang tajrih (kecacatan). Sesiapa yang tidak ditajrih maka dia adalah adil sehinggalah terzahirnya jarhuhu.

Kesimpulannya, menggunakan hadis berkenaan sebagai hujah adalah boleh. Dan berlapang dada lebih baik. Wallahu a’lam bis shawab.

___________________________________________

Rujukan:
1. Risalah Imam Abu Daud.
2. Subulus Salam.
3. Biografi Ulamak-ulamak Hadith.
4. al-Adzkar.

Air Mustakmal

Air Mustakmal bermaksud air yang kurang daripada dua kullah yang telah digunakan untuk mengangkat hadas atau menghilangkan najis dan tidak berubah warna, bau dan rasanya. Apabila air mustakmal ini dicampurkan dengan air mustakmal lain sehingga mencapai dua kullah, maka ia kembali menjadi air mutlak yang suci lagi menyucikan. Dalil yang menjelaskan mengenai air dua kullah itu suci ialah hadis:

وَعَنْ عَبْدِ اَللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: - إِذَا كَانَ اَلْمَاءَ قُلَّتَيْنِ لَمْ يَحْمِلْ اَلْخَبَثَ - وَفِي لَفْظٍ: - لَمْ يَنْجُسْ - أَخْرَجَهُ اَلْأَرْبَعَةُ, وَصَحَّحَهُ اِبْنُ خُزَيْمَةَ. وَابْنُ حِبَّانَ.

Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Umar r.a. berkata: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Jika air tersebut sebanyak dua kullah, maka ia tidak kotor. Dalam riwayat lain (Abu Daud) menggunakan lafaz: Tidak najis. Dikeluarkan oleh Empat Imam- Abu Daud, at-Tirmidzi, An-Nasa’ie dan Ibnu Majah. Dinilai Sahih oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban.

Ukuran dua kullah ialah 500 kati Baghdadi dan ia menyamai 192.876 kg. Ia juga menyamai satu seperempat (1 ¼) hasta empat persegi tinggi, lebar dan dalam. Atau 13 tin minyak tanah atau 230 liter.

Air Mustakmal tidak najis. Ini berdasarkan hadis Jabir bin Abdullah yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:

جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَعُودُنِى ، وَأَنَا مَرِيضٌ لاَ أَعْقِلُ ، فَتَوَضَّأَ وَصَبَّ عَلَىَّ مِنْ وَضُوئِهِ

Maksudnya:
Rasulullah s.a.w. datang ziarah untuk bertanyakan keadaanku. Ketika itu aku sakit dan tidak sedar. Lalu baginda berwuduk dan mencurahkan air wuduknya ke atas aku.

Sekiranya air wuduk tersebut tidak suci (najis), nescaya Baginda tidak akan mencurahkannya ke atas Jabir.

Dalil yang menjelaskan mengenai kedudukan air mustakmal tidak boleh digunakan untuk bersuci seperti berwuduk atau mandi ialah hadis Nabi s.a.w. yang telah diriwayatkan oleh Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

« لاَ يَغْتَسِلُ أَحَدُكُمْ فِى الْمَاءِ الدَّائِمِ وَهُوَ جُنُبٌ ». فَقَالَ كَيْفَ يَفْعَلُ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ يَتَنَاوَلُهُ تَنَاوُلاً.

Maksudnya:
Janganlah seseorang kamu mandi dalam air yang bertakung iaitu air tenang yang tidak bergerak, sedang dia dalam keadaan junub. Lalu para sahabat bertanya kepada Abu Hurairah: Wahai Abu Hurairah, bagaimana caranya ( untuk mandi dengan air tersebut)? Jawab Abu Hurairah: Ia menyelam dalamnya dengan satu selaman (sekaligus, lalu berniat angkat hadas besar).

Hadis ini menunjukkan bahawa mandi dalam air tersebut menjadikan ia tidak menyucikan lagi (tidak boleh lagi digunakan untuk bersuci). Sekiranya ia tidak memberi makna tersebut, nescaya Rasulullah s.a.w. tidak melarang berbuat demikian.
____________________________________________

Rujukan:
1. Pendidikan Islam 1. Dr. Musa bin Fathullah Harun.
2. Fiqh Manhaji Ala Mazhab Syafie.
3. Idaman Penuntut.

Baca Doa Selepas Solat

Dalil bolehnya mengangkat tangan untuk berdoa setelah selesai solat ialah berdasarkan hadis yang terdapat di dalam kitab at-Tabrani dan kitab Majmu’ al-Zawa’id:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بن أَبِي يَحْيَى، قَالَ: رَأْيَتُ عَبْدَ اللَّهِ بن الزُّبَيْرِ، وَرَأَى رَجُلًا رَافِعًا يَدَيْهِ يَدْعُو قَبْلَ أَنْ يَفْرَغَ مِنْ صَلاتِهِ، فَلَمَّا فَرَغَ مِنْهَا، قَالَ:"إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ يَرْفَعُ يَدَيْهِ، حَتَّى يَفْرَغَ مِنْ صَلاتِهِ".

Maksudnya:
Telah diriwayatkan oleh Muhammad bin Abi Yahya al-Aslami, katanya: Aku melihat Abdullah bin az-Zubair sedang melihat seorang lelaki mengangkat tangannya untuk berdoa sebelum selesai solatnya. Setelah lelaki itu selesai solat Abdullah bin az-Zubair berkata kepadanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mengangkat kedua tangannya (untuk berdoa) melainkan setelah selesai solat.

Al-Hafiz al-Haitsami mengatakan rijal (para perawi) hadis ini tsiqat (dipercayai).

Wallahu a'lam bis shawab...

______________________________________

Rujukan:
1. Itqan ash-Shan'ah fi Tahqiq Makna al-Bid'ah.

Ibu Bapa Nabi Muhammad s.a.w.

Apa yang pasti menurut kebanyakan ulama ahli sunnah wal jamaah kedua ibu bapa Nabi Muhammad s.a.w. merupakah ahlul fatrah iaitu bermaksud orang-orang yang hidup di antara masa rasul atau pada masa kehidupan seorang rasul tetapi sebelum bi'tsah (kerasulan mereka).

Menurut Syeikh Bakri Rejab dalam kitabnya Hidayatul Murid Ila Jauharit Tauhid ada menyebutkan:
"Ahlul Fatrah adalah golongan yang selamat".

Ini berdasarkan ayat 15 Surah al-Isra':

مَنِ اهْتَدَى فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ وَمَنْ ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا

Maksudnya:
15. Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri. dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul.

Wallahu a'lam bis shawab...
________________________________________

Rujukan:
1. Hidayatul Murid Ila Jauharit Tauhid. Syeikh Bakri Rejab.
2. Al-Bayanul Qawim Litashih Ba'dhil Mafahim. Dr. Ali Jum'ah. Mufti Mesir Mazhab Syafie.

Tawassul

Tawassul secara bahasa bermaksud mendekatkan diri.

Secara istilah, ianya memberi erti mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dengan mentaati serta mengibadati-Nya, mengikuti para Nabi dan Rasul-Nya dan dengan setiap amalan yang dicintai dan diredhai oleh-Nya.
______________________________________

Tawassul yang yang telah disepakati oleh para ulama akan keharusannya (kebolehannya) ialah:

1. Bertawassul dengan zat, nama & sifat Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-A'raf, ayat 180:

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Maksudnya:
Hanya milik Allah nama-nama yang baik, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama tersebut dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.

2. Bertawassul dengan amal soleh.

Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang Sahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim serta an-Nasa'i daripada Ibnu Umar r.a. mengenai kisah 3 orang yang terperangkap di dalam gua.

Orang pertama bermohon kepada Allah dengan tawassul amal solehnya berbakti terhadap kedua ibu bapa.

Orang kedua bermohon kepada Allah dengan tawassul amal solehnya yang telah menghindari zina.

Orang ketiga pula bermohon kepada Allah dengan tawassul amal solehnya yang telah memulangkan bayaran upah pekerjanya berlipat kali ganda.

3. Bertawassul dengan doa orang lain.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Hasyr ayat 10:

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آَمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Maksudnya:
Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Tuhan kami, ampunkanlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang."
__________________________________________

Adapun tawassul yang diperselisihkan, ialah:

1. Bertawassul dengan zat atau peribadi seseorang, sama ada Nabi, Rasul atau wali.

2. Bertawassul dengan kedudukan, hak, kehormatan atau berkat seseorang, sama ada Nabi atau Wali.

3. Bertawassul dengan bersumpah atas Allah dengan seseorang, sama ada Rasul, Nabi atau wali.

+ Menurut pendapat yang pasti, bertawassul dengan Nabi s.a.w. diperbolehkan dan hujah untuk melakukan demikian adalah kuat. Ini kerana Nabi s.a.w. merupakan pemimpin sekalian anak Adam. Dan kemuliaan martabatnya di sisi Allah s.w.t. sudah tidak dapat disangkal lagi. Adapun tawassul kepada Allah dengan selain beliau (Nabi Muhammad s.a.w.), hujahnya lemah (tidak sekuat hujah tawassul dengan Nabi s.a.w.).
______________________________________

Wallahu a'lam bis shawab...

Rujukan:
1. Pengantar Tasawwuf Islam. Dr. Musa bin Fathullah Harun.

Penggunaan Biji Tasbih

Hukumnya Harus (Boleh).

Berdasarkan hadis-hadis berikut,

1) Abu Daud, Tirmidzi, an-nasa'i dan al-hakim meriwayatkan sebuah hadis dari Ibnu Umar r.a. yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menghitung zikirnya dengan jari-jari dan menyarankan para sahabatnya supaya mengikuti cara beliau. Para imam ahli hadis juga meriwayatkan sebuah hadis dari Bisrah, seorang wanita dari kaum Muhajirin yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

حَ عَنْ يُسَيْرَةَ بِنْتِ يَاسِرٍ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ اعْقِدْنَ بِالأَنَامِلِ فَإِنَّهُنَّ مَسْئُولاَتٌ مُسْتَنْطَقَاتٌ ».

Maksudnya:
"Hendaklah kalian sentiasa berzikir, bertahlil dan bertaqdis. Janganlah sampai kalian lalai kerana nanti boleh melupakan tauhid. Hitunglah zikir kalian dengan jari kerana jari-jari itu akan ditanya dan akan diminta berbicara."

Sungguhpun hadis ini menceritakan kebaikan berzikir dengan menggunakan jari-jari, akan tetapi bukan bermaksud melarang berzikir dengan lainnya.

- Penting! : Menurut saya, gunakan tasbih atau tidak itu sama saja. Sebab kedua-duanya dikira berdzikir dengan jari. Adapun bagi mereka yang menggunakan biji tasbih, masih dikira menggunakan jari untuk menggerak-gerakkan biji tasbih tadi.
__________________________________________

2) أخبرنا عبد الله بن محمد بن سلم ، قال : حدثنا حرملة بن يحيى ، قال : حدثنا ابن وهب ، قال : أخبرني عمرو بن الحارث ، أن سعيد بن أبي هلال حدثه ، عن عائشة بنت سعد بن أبي وقاص ، عن أبيها ، أنه دخل مع رسول الله صلى الله عليه وسلم على امرأة في يدها نوى أو حصى تسبح ، فقال : « ألا أخبرك بما هو أيسر عليك من هذا وأفضل ؟

Maksudnya:
Rasulullah s.a.w. singgah di rumah seorang wanita. Beliau melihat banyak batu kerikil yang biasa digunakan oleh wanita itu untuk berzikir. Beliau bertanya: Mahukah aku beritahu kepada engkau cara yang lebih mudah dari itu dan lebih utama? Sebut sahaja kalimah-kalimah berikut:
سبحان الله عدد ما خلق في السماء ، وسبحان الله عدد ما خلق في الأرض ، وسبحان الله عدد ما هو خالق ، والله أكبر مثل ذلك ، والحمد لله مثل ذلك ، ولا إله إلا الله مثل ذلك ، ولا حول ولا قوة إلا بالله مثل ذلك »

(Hadis Sahih Riwayat Ibnu Hibban, al-Hakim, Abu Daud & at-Tirmidzi)
_________________________________________

3) حَدَّثَنِى كِنَانَةُ مَوْلَى صَفِيَّةَ قَالَ سَمِعْتُ صَفِيَّةَ تَقُولُ دَخَلَ عَلَىَّ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَبَيْنَ يَدَىَّ أَرْبَعَةُ آلاَفِ نَوَاةٍ أُسَبِّحُ بِهَا فَقُلْتُ لَقَدْ سَبَّحْتُ بِهَذِهِ. فَقَالَ « أَلاَ أُعَلِّمُكِ بِأَكْثَرَ مِمَّا سَبَّحْتِ بِهِ ». فَقُلْتُ بَلَى عَلِّمْنِى. فَقَالَ « قُولِى سُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَ خَلْقِهِ »

Maksudnya:
Daripada Sofiyyah Ummul Mukminin katanya:Rasulullah s.a.w. datang kepadaku. Tatkala itu dihadapanku ada 4000 biji-bijian kecil yang aku gunakan untuk bertasbih. Lalu, Baginda s.a.w. bersabda: Engkau bertasbih menggunakan ini? Mahukah aku ajarkan kepadamu cara yang lebih banyak lagi daripada benda yang engkau gunakan untuk bertasbih? Sofiyyah menjawab: Ajarkanlah aku. Baginda s.a.w. bersabda: Katalah Maha Suci Allah sebanyak bilangan makhluk-Nya. (Sanad Hadis ini Daif)
___________________________________________

Dr. Ali Jum'ah menegaskan bahawa ramai para ulama telah menulis kitab tentang pensyariatan berzikir dengan menggunakan tasbih, di antara mereka ialah:
- Al-Hafizh Jalaluddin asy-Suyuthi di dalam risalah beliau yang berjudul "Al-Minhatu fis Subhah"...
- Syeikh Muhammad bin Allan ash-Shiddiqi dalam kitab beliau: Iiqadul masho biihi limasyru 'iyyah Ittikhodzil Masabih.
- Syeikh Al-Allamah Abul Hasanat al-Luknowi di dalam risalahnya yang bertajuk: "Nuz-hatul Fikr fi Subhatiz dzikr..."
___________________________________________

Wallahu a'lam bis shawab...

Rujukan:
1. Al-Bayanul Qawim Litashih Ba'dhil Mafahim.
2. Argumentasi Ulama Syafi'iyah,
3. Itqan ash-Shan'ah Fi Tahqiq Makna al-Bid'ah.

Talqin Mayat

Ulama mazhab Syafie cukup sekadar guna 1 dalil sahaja, iaitu Hadis Sahih riwayat Muslim:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ».
Maksudnya: Talqinlah di sisi orang yg hampir mati di kalangan kamu kalimah La ilaha illallah.

Kalimah MAWTA di situ dikatakan ada 2 makna.
Makna pertama: Orang yang sudah mati.
Makna kedua: Orang yang hampir mati.

Akan tetapi ramai juga orang-orang alim yang berkata bahawa untuk orang yang belum mati tidak disebut/ digunakan kalimah MAWTA. Melainkan kalimah MAWTA ditujukan sebenarnya bagi mereka yang telah mati.

Jadi, untuk ihtiyath (menjaga kehati-hatian), maka talqinlah sebelum orang itu mati, juga selepas kematiannya. Wallahu a'lam bis shawab.
_______________________________________

Rujukan:
1) Perjalanan Rabbani Merentasi Alam Dunia, Barzakh dan Akhirat. Prof. Madya Dr. Musa bin Fathullah Harun.

Manfaat Kepada Si Mati

Di dalam kitab al-Adzkar, Imam an-Nawawi berkata:
أجمع العلماء على أن الدعاء للأموات ينفعهم ويَصلُهم ( في " ج " : " ويصل ثوابُه " ) . واحتجّوا بقول اللّه تعالى : { وَالَّذِينَ جاؤوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنا اغْفِرْ لَنا ولإِخْوَانِنا الَّذين سَبَقُونا بالإِيمَانِ } [ الحشر : 10 ] وغير ذلك من الآيات المشهورة بمعناها وفي الأحاديث المشهورة كقوله صلى اللّه عليه وسلم : " اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأهْلِ بَقِيعِ الغَرْقَدِ " ( مسلم ( 974 ) ) وكقوله صلى اللّه عليه وسلم : " اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنا وَمَيِّتِنَا " ( أبو داود ( 3201 ) ) وغير ذلك
واختلف العلماء في وصول ثواب قراءة القرآن فالمشهور من مذهب الشافعي وجماعة أنه لا يَصل . وذهب أحمدُ بن حنبل وجماعةٌ من العلماء وجماعة من أصحاب الشافعي إلى أنه يَصل والاختيار أن يقولَ القارىءُ بعد فراغه : " اللهمّ أوصلْ ثوابَ ما قرأته إلى فلان واللّه أعلم . ويُستحبّ الثناء على الميت وذكر محاسنه

Maksudnya:
Telah ijmak (sepakat) ulama bahawa doa untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka dan pahalanya sampai kepada mereka ianya berdasarkan firman Allah s.w.t. di dalam Surah al-Hasyr ayat 10:
"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Islam, Muhajirin & Ansor), mereka berdoa: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami..." Juga ada diriwayatkan daripada hadis yang masyhur, bahawa Rasulullah s.a.w. berdoa: "Ya Allah, ampunilah bagi ahli Baqi' al-Gharqad." -Hadis Sahih Riwayat Muslim- (Doa Rasulullah s.a.w. yang lain): "Ya Allah, ampunilah bagi yang hidup dan juga yang telah mati daripada kami..." -Hadis Riwayat Abu Daud dan lainnya- dan lain-lain.

(Imam an-Nawawi lanjutkan),
Mengenai bacaan al-Qur'an, terdapat perbezaan pandangan. Apa yang masyhur daripada mazhab Syafie bahawa pahala bacaan tersebut tidak sampai kepada si mati. Akan tetapi, sekumpulan sahabat Imam Syafie sendiri sependapat dengan Imam Ahmad dan sekumpulan ulama lainnya, yang mengatakan bahawa bacaan tersebut bermanfaat serta akan sampai pahalanya kepada si mati. Dan sebaiknya orang yang membaca (al-Qur'an), selepas sahaja selesai membacanya hendaklah berdoa:
"Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada si Fulan (sebutkan kepada siapa?)" dan juga disunatkan supaya memuji dan menyebut kebaikannya.

Wallahu A'lam bis shawab...
______________________________________

Rujukan:
1. Al-Adzkar. Imam an-Nawawi.
2. Perjalan Rabbani Merentasi Alam Dunia, Barzakh dan Akhirat. Dr. Musa bin Fathullah Harun.
3. Argumentasi Ulama Syafi'iyyah. Ustaz Haji Mujiburrahman.

Dzikir Kalimah "Allah"

Hukumnya boleh bagi seseorang untuk berzikir hanya dengan kalimah "Allah" sahaja. Ini kerana Allah s.w.t. memiliki 99 nama, dan yang pertama sekali ialah "Allah".

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Insan ayat 25:
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Maksudnya:
Dan ingatlah (zikir) akan nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.

Kedudukan Tangan Ketika Berdiri Dalam Solat

Syeikh Arsyad al-Banjari berkata di dalam kitabnya, Sabilal Muhtadin:

Disunatkan ketika berdiri tegak dalam solat mengenggam tangan kanan pada pergelangan tangan kiri. Diletakkan di bawah dada dan di atas pusat kerana mengikuti praktik Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim serta lainnya (an-Nasa’i, Ibnu Khuzaimah dan lainnya).

Hikmah meletakkan kedua tangan seperti itu di bawah dada di atas pusat agar orang yang solat terpelihara hati dan fikirannya.
__________________________________________

Riwayat al-Bukhari:
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ كَانَ النَّاسُ يُؤْمَرُونَ أَنْ يَضَعَ الرَّجُلُ الْيَدَ الْيُمْنَى عَلَى ذِرَاعِهِ الْيُسْرَى فِى الصَّلاَةِ . قَالَ أَبُو حَازِمٍ لاَ أَعْلَمُهُ إِلاَّ يَنْمِى ذَلِكَ إِلَى النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - . قَالَ إِسْمَاعِيلُ يُنْمَى ذَلِكَ . وَلَمْ يَقُلْ يَنْمِى .
Maksudnya:
Daripada Sahl bin Sa’d, katanya: "Orang-orang diperintahkan supaya meletakkan tangan kanan di atas lengan tangan yang kiri dalam shalat." Abu Hazim berkata, "Aku tidak mengetahui melainkan ia (Sahl bin Sa'ad) menisbatkan perintah itu kepada Nabi." Isma'il berkata, "Perintah itu dinisbatkan, dan ia tidak mengatakan, 'menisbatkan'."

Hukum hadis ini marfu’. Dan ianya diletakkan pada:
باب وَضْعِ الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى
Maksudnya: Bab Meletakkan Tangan Kanan di atas Tangan Kiri.
_________________________________________

Riwayat Muslim:
عَنْ أَبِيهِ وَائِلِ بْنِ حُجْرٍ أَنَّهُ رَأَى النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- رَفَعَ يَدَيْهِ حِينَ دَخَلَ فِى الصَّلاَةِ كَبَّرَ - وَصَفَ هَمَّامٌ حِيَالَ أُذُنَيْهِ - ثُمَّ الْتَحَفَ بِثَوْبِهِ ثُمَّ وَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى فَلَمَّا أَرَادَ أَنْ يَرْكَعَ أَخْرَجَ يَدَيْهِ مِنَ الثَّوْبِ.
Maksudnya:
Dari Wail bin Hujr r.a. katanya dia melihat Nabi s.a.w. mengangkat kedua tangan pada permulaan solat setentang dengan kedua telinganya sambil membaca takbir. Kemudian bajunya dilipat lalu diletakkan tangan kanan atas tangan kiri. Ketika beliau hendak rukuk, dikeluarkannya kedua tangannya dari lipatan baju.

Hadis ini diletakkan di bawah tajuk:
باب وَضْعِ يَدِهِ الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى بَعْدَ تَكْبِيرَةِ الإِحْرَامِ تَحْتَ صَدْرِهِ فَوْقَ سُرَّتِهِ
Maksudnya:
Bab Meletakkan Tangan Kanan Atas Tangan Kiri Selepas Takbiratul Ihram Di Bawah Dada Dan Di Atas Pusat.

___________________________________________

Riwayat an-Nasa’i, berkata Wail bin Hujr:
ثُمَّ وَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى كَفِّهِ الْيُسْرَى وَالرُّسْغِ وَالسَّاعِدِ
Maksudnya:
"...Kemudian Baginda s.a.w. meletakkan tangan kanan di atas tapak tangan kiri (bahagian belakangnya), pergelangan tangan dan lengan kiri..."
__________________________________________

Riwayat Ibnu Khuzaimah:

وَعَنْ وَائِلِ بْنِ حُجْرٍ قَالَ : صَلَّيْت مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَوَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى يَدِهِ الْيُسْرَى عَلَى صَدْرِهِ . أَخْرَجَهُ ابْنُ خُزَيْمَةَ .

Maksudnya:
Dari Wail bin Hujrin berkata: Saya pernah solat bersama Nabi s.a.w. baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya pada dada beliau. Riwayat Ibnu Khuzaimah dan dinilai Sahih oleh beliau.

-Maksud "pada dada beliau" di sini ialah "berdekatan sangat dengan dada beliau s.a.w.".
__________________________________________

Wallahu a'lam bis shawab...


Rujukan:
1. Sabilal Muhtadin.
2. Fiqh Manhaji Ala Mazhab asy-Syafie.
3. Bulughul Maram.
4. Fathul Baari Syarh Sahih al-Bukhari.
5. RIngkasan Bahrul Madzi.

Menggerakkan Jari Telunjuk Ketika Tasyahhud

Terdapat 2 hadis Sahih. Satu hadis mengatakan Nabi s.a.w. menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahud, manakala satu hadis lagi mengatakan bahawa Nabi s.a.w. tidak menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahud.

Hadis Pertama,
ثُمَّ رَفَعَ إِصْبَعَهُ فَرَأَيْتُهُ يُحَرِّكُهَا يَدْعُو بِهَا.

Maksudnya:
(Daripada Wail bin Hujr r.a.) katanya: Kemudian Nabi mengangkat jari telunjuknya, maka aku nampak beliau menggerak-gerakkannya sambil berdoa. Hadis riwayat an-Nasa'i.
______________________________________________________________

Hadis Kedua,
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ أَنَّهُ ذَكَرَ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ يُشِيرُ بِأُصْبُعِهِ إِذَا دَعَا وَلاَ يُحَرِّكُهَا. لاَ يُجَاوِزُ بَصَرُهُ إِشَارَتَهُ.

Maksudnya:
Dari Ibnuz Zubair bahawa Rasulullah s.a.w. berisyarat dengan telunjuk dan beliau tidak menggerak-gerakkkannya dan pandangan beliaupun tidak melampaui isyaratnya itu. Hadis Riwayat Abu Daud, an-Nasa'i, Ahmad dan Ibnu Hibban.
________________________________________________________________

Seperti biasa, ulama-ulama hadis lebih senang memilih untuk menggabungkan kedua hadis sahih berkenaan.

Sehingga kata Imam al-Baihaqi,
"Terdapat kemungkinan bahawa yang dimaksud dengan tahrik (gerakan) di situ adalah MENGANGKAT JARI TELUNJUK, dan bukan menggerak-gerakkannya secara berulang sehingga dengan demikian tidaklah (maksudnya) bertentangan dengan hadis Ibnuz Zubair."

+ Di dalam kitab Tuhfatul Muhtaj ada menyebutkan:

( وَلَا يُحَرِّكُهَا ) عِنْدَ رَفْعِهَا لِلِاتِّبَاعِ وَصَحَّ تَحْرِيكُهَا فَيُحْمَلُ لِلْجَمْعِ بَيْنَهُمَا عَلَى أَنَّ الْمُرَادَ بِهِ الرَّفْعُ لَا سِيَّمَا وَفِي التَّحْرِيكِ قَوْلٌ بِأَنَّهُ حَرَامٌ مُبْطِلٌ لِلصَّلَاةِ فَمِنْ ثَمَّ قُلْنَا بِكَرَاهَتِهِ

Maksudnya:
"Tidak boleh mengerak-gerakkan jari telunjuk diketika mengangkatnya kerana ittiba' (ikut Nabi s.a.w.). Dan telah sahih hadis yang menunjuk kepada pentahrikannya (gerak-gerakkannya). Maka demi untuk menggabungkan kedua dalil, dibawalah tahrik (gerakan jari telunjuk) itu kepada makna "diangkat jari telunjuk". Terlebih lagi di dalam tahrik (gerakan jari telunjuk) ada yang pendapat menganggapnya sebagai sesuatu yang haram yang dapat membatalkan solat. Oleh kerana itu kami mengatakan bhawa tahrik (gerakan jari telunjuk) tersebut makruh."

+ Penjelasan dari kitab Syarqawi:
"Mengangkat telunjuk itu adalah dengan tanpa tahrik (menggerak-gerakkan telunjuk). Telah datang pula hadis yang menunjuk adanya tahrik. Namun, dalam kes ini yang menafikan didahulukan dari yang menetapkan. Berbeza dengan kaedah. Hal ini kerana adanya beberapa maslahat pada ketiadaan mentahrik itu yakni: Bahawa yang dituntut dalam solat adalah tidak (banyak) bergerak, kerana bergerak-gerak itu dapat menghilangkan kekhusyukan dan juga tahrik itu adalah sejenis perbuatan yang tiada gunanya dan solat haruslah terpelihara dari hal tersebut selama itu memungkinkan. Oleh kerana itu ada pendapat yang mengatakan batalnya solat kerana melakukan tahrik, walaupun pendapat ini lemah."

Wallahu a'lam bis shawab...
________________________________________________________________

Rujukan:
1. Argumentasi Ulama Syafi'iyah.
2. KIfayatul Akhyar fi Halli Ghoyatil Ikhtisor.

Tafsir Surah Al-Hadid Ayat 27

Firman Allah s.w.t.:
ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلَى آَثَارِهِمْ بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَآَتَيْنَاهُ الْإِنْجِيلَ وَجَعَلْنَا فِي قُلُوبِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ رَأْفَةً وَرَحْمَةً وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ إِلَّا ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللَّهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا فَآَتَيْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْهُمْ أَجْرَهُمْ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ (27)

Maksudnya:
Kemudian Kami iringkan di belakang mereka dengan rasul-rasul Kami dan Kami iringkan (pula) dengan Isa putra Maryam; dan Kami berikan kepadanya Injil dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutinya rasa santun dan kasih sayang. Dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah padahal kami tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi (mereka sendirilah yang mengada-adakannya) untuk mencari keridhaan Allah, lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya. Maka Kami berikan kepada orang-orang yang beriman di antara mereka pahalanya dan banyak di antara mereka orang-orang fasik.
________________________________________

Terdapat 2 penafsiran oleh mufassirin (ahli tafsir) berkaitan ayat ini:

1. Secara ringkas maksud ayat ini ialah ditujukan kepada orang-orang yang mengadakan rahbaniyyah, akan tetapi mereka mengingkari (tidak mahu beriman) dengan Nabi Allah yang datang kepada mereka iaitu Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. Maka, perbuatan rahbaniyah tadi dikira jelek (bid’ah).

2. Menurut sebahagian Mufassirin, maksud ayat ini ialah bolehnya melakukan rahbaniyyah tetapi dengan dengan dua kemestian, iaitu selaras dengan tuntutan syarak semasa (syariat Islam, bukan syariat agama lain) dan istiqamah dalam melakukannya.
________________________________________
Penafsiran Pertama mengikut hadis,

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, ia berkata: Rasulullah SAW bertanya kepadaku: Wahai Ibnu Mas’ud! Ya, saya, jawabku kepada Rasulullah s.a.w. baginda bersabda: Tahukah kamu bahawa Bani Israel berpecah kepada 72 kumpulan. (Namun) yang selamat hanya 3 kumpulan sahaja, iaitu (kumpulan) selepas Nabi Isa dan di celah-celah kerajaan tirani dan diktator (pada masa itu). Mereka ialah:

1. Kumpulan yang tampil berdakwah kepada agama Allah dan agama Isa bin Maryam. Mereka memerangi para pemerintah tirani. Ramai terbunuh, namun mereka sabar dan akhirnya mereka berjaya dan selamat.

2. Kumpulan yang menyeru kepada agama Allah dan agama Isa bin Maryam. Mereka berjuang memerangi raja-raja diktator dan pemerintah tirani. Ramai dari kalangan mereka terbunuh, digergaji dan dibakar dengan api. Tetapi mereka tabah dan akhirnya berjaya selamat.

3. Kumpulan ini tidak berdaya untuk berperang dan berjuang. Tidak mampu menegakkan keadilan. Mereka hanya mampu membawa diri di gua-gua untuk beribadat dan menjadi rahib. Kumpulan inilah yang disebut oleh Allah s.w.t. dalam ayat (bermaksud): ....Mereka mengada-adakan rahbaniyyah, padahal Kami tidak mewajibkannya kepada mereka...(al-Hadid ayat 27).
___________________________________________

Penafsiran Kedua berdasarkan hadis,
Sa'id bin Manshur dan Ismail Al Qadhi meriwayatkan dari Abu Umamah Al Bahili RA, ia berkata, "Kamu mengadakan qiyamullail pada bulan Ramadhan sedangkan hal itu tidak diwajibkan atas kamu. Yang diwajibkan atas kamu hanyalah puasa, maka terus-meneruslah bangun malam jika kamu memang mengerjakannya dan jangan kamu tinggalkan, karena bani Israil mengadakan bid'ah yang tidak diwajibkan Allah kepada mereka dengan tujuan mencari keridhaan Allah, namun mereka tidak memeliharanya dengan semestinya. Oleh sebab itu, Allah menegur mereka karena meninggalkannya." Ia lalu membaca, "Dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah."
___________________________________________

Terdapat beberapa kesimpulan yang boleh kita ambil.

1. Boleh menggunakan ayat ini untuk menentang perkara bid’ah, tetapi pengecualian kepada bid’ah hasanah atau disebut juga sunnah hasanah dalam syariat Islam.

2. Istiqamah dalam mengerjakan rahbaniyyah atau bid’ah hasanah penting. Sepertimana kata Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam Tafsir al-Munir: Justeru, wajar bagi sesiapa yang melakukan bid’ah yang baik agar konsisten dengannya dan tidak menyimpang daripada maksud asal.
_____________________________________________

Wallahu a’lam bis shawab...

Rujukan:
1. Tafsir Jalalain. Syeikh Jalaluddin al-Mahalli & Syeikh Jalaluddin as-Suyuthi.
2. Tafsir al-Munir. Dr. Wahbah az-Zuhaili.
3. Itqan ash-Shan’ah fi Tahqiq Makna al-Bid’ah. Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari.
4. al-I’tishom. Imam asy-Syatibi.

Penambahan Lafaz "Saidina" Pada Tasyahud

Saya katakan bahawa ianya tidak ada masalah.

Ini kerana telah dinyatakan juga di dalam hadis bahawa Ibnu Umar r.a. dan sahabat Nabi s.a.w. yang lain juga menambah atau mengubah bacaan tasyahud.
________________________________________

Ibnu Umar r.a. menambah bacaan Basmalah pada permulaan tasyahud,
عن نافع ، أن عبد الله بن عمر ، كان يتشهد ، فيقول : « بسم الله ، التحيات لله ، الصلوات لله ، الزاكيات لله ، السلام على النبي ورحمة الله وبركاته ، السلام علينا ، وعلى عباد الله الصالحين ، شهدت أن لا إله إلا الله ، شهدت أن محمدا رسول الله »

Maksudnya:
Dengan nama Allah, segala penghormatan bagi Allah, segala kesejahteraan bagi Allah, segala yang bersih bagi Allah. Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi, dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya. Salam sejahtera ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku telah bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah. Aku telah bersaksi bahawa Muhammad Rasulullah. (Hadis Riwayat Malik & Al-Baihaqi)
_________________________________________

...sahabat Nabi s.a.w. yang mengubah lafaz tasyahud,
السَّلاَمُ عَلَى النَّبِىِّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Maksudnya:
Salam sejahtera ke atas nabi, rahmat Allah dan keberkatan-Nya.(Hadis Riwayat Malik, Al-Baihaqi & at-Tabrani dlm al-Awsat)
_________________________________________

Serta Ibnu Mas'ud r.a. yang menambah lafaz Assalamu 'alaina min rabbina,
كَانَ ابْنُ مَسْعُودٍ , يَقُولُ بَعْدَ السَّلامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ:"السَّلامُ عَلَيْنَا مِنْ رَبِّنَا".

Maksudnya:
Sesungguhnya Ibnu Mas'ud selepas membaca Assalamu alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullah, beliau membaca, Assalamu 'alaina min rabbina...
(Hadis riwayat Tabrani dengan sanad yang Sahih daripada asy-Sya'bie. Al-Haitami juga mengatakan perawi-perawinya sahih.)
رواه الطبراني في الكبير ورجاله رجال الصحيح.
_________________________________________

Rasulullah s.a.w. juga pernah mengaku beliau sebagai sayyid anak adam,
أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ

Maksudnya:
Aku adalah Sayyid anak Adam.
(Hadis Riwayat Muslim, at-Tirmidzi, Abu Daud & Ibnu Majah, turut disahihkan oleh al-Hakim dan Ibnu Hibban)
___________________________________________

Wallahu a'lam bis shawab...

Rujukan:
1. Argumentasi Ulama Syafi'iyah.
2. Al-Bayanul Qawim Litashih Ba'dhil Mafahim.
3. Itqan ash- Shan'ah fi Tahqiq Makna al-Bid'ah.

Solat Sunat Qabliyyah Jumaat

Berdasarkan beberapa hadis Sahih.

Hadis Riwayat Abu Daud,
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ أَخْبَرَنَا أَيُّوبُ عَنْ نَافِعٍ قَالَ كَانَ ابْنُ عُمَرَ يُطِيلُ الصَّلاَةَ قَبْلَ الْجُمُعَةِ وَيُصَلِّى بَعْدَهَا رَكْعَتَيْنِ فِى بَيْتِهِ وَيُحَدِّثُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ يَفْعَلُ ذَلِكَ.

Maksudnya:
Dari Ibnu Umar r.a. bahawa ia sentiasa memanjangkan solat qabliyah Jumaat. Dan ia juga melakukan solat Ba'diyyah Jumaat dua rakaat. Ia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. sering melakukan yang demikian.

حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ قَالَ الْعِرَاقِيُّ : إسْنَاده صَحِيحٌ
"Menurut Hafizh al-Iraqi, hadis Ibnu Umar itu isnadnya Sahih."

Imam an-Nawawi dalam Al-Khulasoh mengatakan: Hadis tersebut Sahih menurut persyaratan Imam Bukhari. Juga telah dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dalam Sahihnya.
___________________________________________

Hadis Riwayat Ibnu Majah,
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ وَعَنْ أَبِى سُفْيَانَ عَنْ جَابِرٍ قَالاَ جَاءَ سُلَيْكٌ الْغَطَفَانِىُّ وَرَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَخْطُبُ فَقَالَ لَهُ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « أَصَلَّيْتَ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ تَجِىءَ » قَالَ لاَ. قَالَ « فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ وَتَجَوَّزْ فِيهِمَا ».

Maksudnya:
Dari Abu Hurairah dan Abu Sufyan dari Jabir, keduanya berkata:
Telah datang Sulaik al-Ghatfani diketika Rasulullah s.a.w. sedang berkhutbah. Lalu, Nabi s.a.w. bertanya kepadanya: "Apakah engkau sudah solat 2 rakaat sebelum ke sini?" Dia menjawab: "Belum." Nabi s.a.w. bersabda: Solatlah 2 rakaat dan ringkaskan solatmu itu. -Menurut al-Hafizh al-Iraqi, hadis Ibnu Majah iini adalah Hadis Sahih.-
___________________________________________

قَوْلُهُ : ( أَصَلَّيْت قَبْلَ أَنْ تَجِيءَ ) صَرِيحٌ فِي أَنَّهُ لَيْسَ الْمُرَادُ بِالرَّكْعَتَيْنِ تَحِيَّةَ الْمَسْجِدِ ، بَلْ هُمَا سُنَّةُ الْجُمُعَةِ ، فَيَصِحُّ الْإِحْرَامُ بِهِمَا بِقَصْدِ سُنَّةِ الْجُمُعَةِ وَالتَّحِيَّةُ دَاخِلَةٌ فِيهِمَا

"Syeikh Syihabuddin al-Qalyubi mengatakan bahawa hadis ini nyata dan terang berkenaan dengan solat sunat qabliyyah Jumaat, bukan solat tahiyyatul masjid. Hal ini dikeranakan tahiyyatul masjid tidak boleh dikerjakan di rumah atau di luar masjid melainkan harus dikerjakan di masjid"
__________________________________________

Syeikh Umairoh berkata: Andai ada orang yang mengatakan bahawa yang disabdakan oleh Nabi itu boleh jadi solat tahiyyatul masjid, maka dapat dijawab dengan: Tidak mungkin. Sebab solat tahiyyatul masjid tidak dapat dilakukan di luar masjid. Sedangkan Nabi s.a.w. bertanya: Apakah engkau sudah solat sebelum datang ke sini?
__________________________________________

Dalam kitab Hasyiah al-Bajuri menyebut:
والجمعة كالظهر فيما يسن لها فيسن قبلها اربع وبعدها اربع

Maksudnya:
Solat Jumaat itu sama dengan solat Zuhur dalam perkara yang disunnatkan untuknya. Maka disunnatkan sebelum Jumaat itu 4 rakaat dan sesudahnya 4 rakaat.
___________________________________________

Dalam kitab al-Majmu' Syarh Muhazzab:
تسن قبلها وبعدها صلاة وأقلها ركعتان قبلها وركعتان بعدها والاكمل اربع قبلها واربع بعدها

Maksudnya:
Disunnatkan solat sebelum dan sesudah Jumaat. Minimalnya adalah 2 rakaat qabliyyah dan 2 rakaat ba'diyyah. Dan yang lebih sempurna adalah 4 rakaat qabliyyah dan 4 rakaat ba'diyyah.
___________________________________________

Dalam kitab Iqna' oleh Khatib Syarbini:
والجمعة كالظهر فيما مر فيصلي قبلها أربعا وبعدها أربعا

Maksudnya:
Solat Jumaat itu sama seperti solat Zuhur. Disunnatkan sebelumnya 4 rakaat dan sesudahnya juga 4 rakaat.
___________________________________________

Wallahu a'lam bis shawab...

Rujukan:
1. Argumentasi Ulama Syafi'iyah.

Solat Sunat Qabliyyah Maghrib

Berdasarkan hadis-hadis berikut:

1)
حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ بْنُ سَعِيدٍ عَنِ الْحُسَيْنِ الْمُعَلِّمِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ الْمُزَنِىِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « صَلُّوا قَبْلَ الْمَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ ». ثُمَّ قَالَ « صَلُّوا قَبْلَ الْمَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ لِمَنْ شَاءَ ». خَشْيَةَ أَنْ يَتَّخِذَهَا النَّاسُ سُنَّةً.

Maksudnya:
"Dari Abdullah bin Mughaffal, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Solatlah kalian 2 rakaat sebelum Maghrib! Kemudian beliau bersabda: Solatlah kalian 2 rakaat sebelum Maghrib! Kemudian baginda bersabda pada yang ketiga kalinya: Bagi siapa yang suka untuk kerjakannya. Hal ini kerana beliau tidak mahu nanti orang-orang menjadikannya sebagai sesuatu yang wajib dilakukan."
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ahmad dan al-Bukhari)
________________________________________

2)
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صلى قبل المغرب ركعتين

Maksudnya:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah melakukan solat sunat qabliyah Maghrib 2 rakaat." Diriwayatkan dalam Sahih Ibnu Hibban.
_________________________________________

3)
عَنْ مُخْتَارِ بْنِ فُلْفُلٍ قَالَ سَأَلْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ عَنِ التَّطَوُّعِ بَعْدَ الْعَصْرِ فَقَالَ كَانَ عُمَرُ يَضْرِبُ الأَيْدِى عَلَى صَلاَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ وَكُنَّا نُصَلِّى عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- رَكْعَتَيْنِ بَعْدَ غُرُوبِ الشَّمْسِ قَبْلَ صَلاَةِ الْمَغْرِبِ. وكَانَ يَرَانَا نُصَلِّيهِمَا. فَلَمْ يَأْمُرْنَا وَلَمْ يَنْهَنَا.

Maksudnya:
"Dari Mukhtar bin Fulful, ia berkata: Kami pada masa Nabi s.a.w. melakukan solat 2 rakaat sesudah terbenam matahari sebelum solat maghrib. Beliau melihat kami melakukannya. Namun, beliau tidak menyuruh dan tidak juga melarang." (Hadis Sahih Riwayat Muslim)
___________________________________________

Imam an-Nawawi berkata dalam kitabnya al-Majmu' Syarh Muhazzab:
في استحباب ركعتين قبل المغرب وجهان مشهوران في طريقة الخراسانيين (الصحيح) منهما
الاستحباب

Maksudnya:
Dalam hal kesunnatan 2 rakaat sebelum Maghrib terdapat 2 pandangan yang masyhur di kalangan ulama Khurasan. Namun, pendapat yang Sahih di antara keduanya ialah "Sunnatnya 2 rakaat sebelum Maghrib itu".
__________________________________________

Syeikh Ibrahim al-Bajuri berkata dalam kitabnya Hasyiah al-Bajuri:
ويسن ايضا ركعتان خفيفتان قبل المغرب - ففى الصحيحين من حديث أنس أن كبار الصحابة كانوا يبتدرون اى يستبقون السواري اي العمد لهما اي للركعتين اذا اذن المغرب

Maksudnya:
"Disunnatkan pula solat 2 rakaat yang ringan sebelum Maghrib. Dalam kitab Sahihain dari hadis Anas disebutkan bahawa pembesar-pembesar sahabat berlumba-lumba menuju tiang masjid untuk melakukan 2 rakaat sebelum Maghrib manakala azan Maghrib sudah dikumandangkan."
__________________________________________

ًWallahu a'lam bis shawab...

Rujukan:
1. Argumentasi Ulama Syafi'iyah.

Sambutan Maulidurrasul

Seperti yang telah dimaklumi bahawa sambutan Maulidur Rasul pada awalnya telah dimulai pada pemerintahan Dinasti Fatimiyah di Mesir yang berfahaman Syiah. Mereka melakukan secara besar-besaran.

Selepas sahaja Salahuddin al-Ayyubi menguasai Mesir, maka semua tradisi Dinasti Fatimiyyah telah dibatalkan. Namun begitu, sambutan Maulidur rasul masih lagi diadakan secara kecil-kecilan lingkungan dari keluarga istana.

Sekali lagi sambutan Maulidur Rasul telah disambut secara besar-besaran oleh Sultan Muzaffarudin di Irak. Sultan ini sangat dekat dan akrab dengan para ulama. Sultan juga berfahaman Sunni. Dan Sambutan Maulidur Rasul itu disambut baik oleh para alim di sekitarnya.

Sejak itu, perselisihan pendapat terjadi mengenai hukum menyambut Maulid Nabi s.a.w..

Di sini, saya sekadar cukup mengemukakan hujah mereka yang membolehkan menyambutnya.
________________________________________
1. Berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam Surah Ibrahim ayat 5:

وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ

Maksudnya:
"...dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah ".

Imam al-Alusi di dalam kitab tafsirnya, Ruhul Ma'ani berkata:
"Kelahiran Rasulullah merupakan nikmat yang paling besar, maka ianya patut selalu diingat dan disebut-sebut dalam sebuah peringatan."
________________________________________

2. Juga, berdasarkan hadis Nabi s.a.w. Hadis ini telah disahihkan Imam Muslim dalam kitab Sahih Muslim.
وَحَدَّثَنِى زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِىٍّ حَدَّثَنَا مَهْدِىُّ بْنُ مَيْمُونٍ عَنْ غَيْلاَنَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَعْبَدٍ الزِّمَّانِىِّ عَنْ أَبِى قَتَادَةَ الأَنْصَارِىِّ رضى الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- سُئِلَ عَنْ صَوْمِ الاِثْنَيْنِ فَقَالَ « فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَىَّ ».

Maksudnya:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah ditanya mengenai amalan Rasulullah s.a.w. berpuasa pada Hari Isnin. Lalu, Baginda s.a.w. jawab: Pada hari itu aku dilahirkan dan diturunkan kepadaku (al-Qur'an).
_________________________________________

Peringatan!
- Hendaklah sambutan Maulidur Rasul yang diadakan tidak campuri perkara-perkara yang boleh menjadikan ianya Haram.
- Dibolehkan menyambut Maulid Nabi s.a.w. dengan ibadah-ibadah am (umum) seperti berzikir dan berselawat, membaca atau mendengarkan bacaan al-Qur'an dan mengadakan jamuan makan.

Sepertimana nukilan dari tulisan mufti Mesir, Dr. Ali Jum'ah dalam kitabnya al-Bayanul Qawim Litashih Ba'dhil Mafahim:

"Sesungguhnya Salafussoleh telah mengamalkan sambutan maulid sejak kurun yg ke 4 dan ke 5 lagi. Mereka menghidupkan malam Maulid dengan melakukan pelbagai ibadah seperti menjamu makanan, membaca al-Quran dan zikir, mendendangkan syair-syair dan puisi-puisi memuji Baginda s.a.w. Ini sebagaimana yang telah dinyatakan oleh ramai ahli sejarah dan ulama seperti Ibnul Jauzi, Ibnu Katsir, Ibnu Hajar dan Syeikh Jalaluddin as-Suyuthi, semoga Allah merahmati mereka semua."
________________________________________

Wallahu a'lam bis shawab...

Rujukan:
1. Artikel Ustaz Umar Muhammad Nur.
2. Liku-liku Bid'ah dan Masalah Khilafiyyah.
3. Argumentasi Ulama Syafi'iyyah.
4. Al-Bayanul Qawim Litashih Ba'dhil Mafahim.

Sentuh Wanita Batal Wudhuk

Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji Ala Mazhab asy-Syafie ada menyenaraikan beberapa perkara yang boleh membatalkan wuduk, antaranya:
Lelaki/ suami menyentuh isterinya atau perempuan ajnabiyyah tanpa berlapik. Ketika itu batal wuduk keduanya. Ajnabiyyah ialah perempuan yang halal kahwin dengannya. Firman Allah Taala ketika menjelaskan perkara-perkara yang mewajibkan wuduk, iaitu Surah an-Nisa’ ayat 43:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا.

Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub , terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci). Sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Pengampun.
________________________________________

Syeikh Arsyad al-Banjari dalam kitab beliau (Sabilal Muhtadin) menambah:

"Demikian juga tidak batal wuduk lelaki dewasa dengan menyentuh anak perempuan yang belum mencapai usia yang dapat membangkitkan syahwat oleh lelaki normal dan sebaliknya. Dan tidak batal wuduk perempuan dewasa dengan menyentuh anak lelaki yang belum mencapai usia yang dapat menimbulkan syahwat oleh perempuan yang normal dan sebaliknya."

Wallahu a'lam bis shawab...
_________________________________________

Adapun hujah mazhab Syafie ada 3:

1. Laamastum (maksud sentuhan di situ ialah) dengan makna Laamastum (sentuhan sebenar, bukan jimak / setubuh), iaitu kamu menyentuh, adalah SEBAGAIMANA yang terdapat pada QIRAAT YANG MUTAWATIR.

2. Lafaz "atau sedang dalam musafir" bermaksud dalam perjalanan sedangkan kamu dalam keadaan junub atau berhadas besar. -Tafsir Jalalain-

Dikuatkan dengan riwayat-riwayat yang terdapat di dalam kitab Lubabun Nuqul fi Asbabin Nuzul.

Dalam riwayat ada dikemukakan bahawa penurunan ayat ini (Surah an-Nisa' ayat 43) adalah berkenaan dengan seseorang yang berjunub (berhadas besar) di dalam perjalanan (ketika safar), lalu dia bertayamum dan terus menunaikan solat. Oleh itu, penurunan ayat ini adalah petunjuk kepada orang yang berhadas besar yang dalam perjalanan (safar) dan ketika itu tiada air. (Diriwayatkan oleh al-Faryabi, Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Munzir dari Ali)

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa al-Asla' dalam keadaan junub ketika dalam perjalanan (safar) bersama Rasulullah. Pada waktu itu malam sangat sejuk dan bila dia takut untuk mandi dengan air yang terlalu sejuk ditakuti ia boleh menyebabkan kematian atau kesakitan. lalu, perkara ini disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Maka turunlah ayat di atas sebagai tuntutan bagi orang-orang yang takut akan bahaya kesejukan jikalau dia mandi. (Diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih dari al-Asla' bin Syarik)

Dalam riwayat lain juga ada dikemukakan bahawa pada suatu hari di dalam perjalanan (safar) Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan kepada al-Asla' khadam dan pembantunya untuk menyiapkan kenderaannya. Al-Asla' berkata: Wahai Rasulullah, aku sedang junub. Maka Rasulullah s.a.w. terdiam sehingga datang kepadanya Jibril membawa ayat tentang tayamum. (Riwayat Tabrani dari al-Asla')

Imam ar-Rabi' menerangkan bahawa maksud junub ialah bersetubuh sama ada keluar mani ataupun tidak. -Tafsir Imam Syafie-

Di dalam kitab Fiqh Manhaji menerangkan tentang sebab seseorang itu dikategorikan Junub ialah 2 perkara:
1. Keluar mani (mungkin dikeranakan mimpi).
2. Persetubuhan (walaupun tidak keluar mani).

Jadi, ayat yang terangkan tentang Jimak atau setubuh sudah disebut. Maka lafaz selepas itu iaitu "atau sentuh wanita" bermaksud persentuhan sebenar. Bukan bermaksud Jimak lagi.

Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahawa maksud lafaz "atau sentuh wanita" ialah jimak atau setubuh.

Tetapi menurut Ibnu Umar dan Ibnu Mas'ud r.a., menyatakan bahawa maksud lafaz berkenaan sebagai persentuhan sebenar. Inilah yang dipilih dan disokong oleh Imam asy-Syafie.
__________________________________________

3. Imam asy-Syafie juga berhujah dengan cuba menyamakan antara sentuh perempuan Ajnabiyyah dengan sentuh kemaluan. Ini kerana kedua jenis persentuhan berkenaan boleh membuka peluang syahwat dengan peratus yang besar sekali kemungkinannya. Dan kedua jenis persentuhan berkenaan mengakibatkan batalnya wuduk.
_________________________________________

Wallahu a'lam bis shawab...

Perlu saya ingatkan!

Tulisan saya di sini sekadar ingin menyatakan hujah dalam mazhab Syafie. Sungguhpun demikian, ulama mazhab lain juga memiliki hujah mereka yang sama kuat. Jadi, adalah baik kita bersikap toleransi terhadap mereka, iaitu tidak memperlekehkan mazhab yang lain.
_______________________________________

Rujukan:
1. al-Fiqh al-Manhaji 'Ala Mazhab asy-Syafie.
2. Sabilal Muhtadin.
3. Tafsir Jalalain.
4. Tafsir Imam asy-Syafie.
5. Tafsir Ibnu Katsir.
6. Fiqh al-Islami Wa Adillatuh.